Design baucar yang diberi oleh En Saiful. Baucar yang perlu design ialah baucar untuk cetakan di CDH. Terdapat 3 baucar yang perlu saya design iaitu baucar RM5, RM10 dan RM15. Setiap cetakan yang melebihi RM20 keatas boleh menggunakan baucar yang diberi sehingga akhir tahun. Baucar yang saya design mempunyai warna yang berbeza bagi setiap baucar.
RABU (2/8/2017)
Menyambung design baucar yang seterusnya.
KHAMIS (3/8/2017)
Membuat research tentang swot analysis. Saya dekehendaki untuk mencari 10 packaging dan memilih 3 packaging yang menarik. 3 packaging tersebut perlulah membuat swot analysis dalam slide presentation. Sebelum membuat swot tersebut saya membaca latar belakang company packaging tersebut. Dari situ saya akan mengetahui maklumat tentang company tersebut. Saya memilih packaging GoPro, Chocolate Mokaya dan juga headphone Beats.
JUMAAT ( 4/8/2017)
Menyambung menyiapkan slide swot. Sebelum memasukkan gambar-gambar packaging didalam slide, saya edit di Photoshop dahulu. Saya menbuang latar belakang gambar dengan menggantikan latar belakang berwarna putih. Kesemua gambar packaging yang telah ditangkap akan edit di dalam Photoshop agar semua gambar kelihatan menarik.
ISNIN (7/8/2017)
Hari pembentangan packaging design. Pembentangan ini perlu menerangkan tentang packaging yang dibawa. Setiap packaging mempunyai warna corporate yang berlainan dan membawa maksud yang lain. Jenis jenis packaging juga mempunyai bentuk yang berlainan dan material yang berbeza. Pembentangan ini bersama sama En Saiful, En Indera dan juga En Azim. Selepas pembentangan kami diberi nasihat dan teguran mengenai packaging design. En Indera memberi penjelasan tentang packaging manakala En Azim pulak menerangkan tentang Corporate identity. Secara tidak langsung saya mengetahui sedikit sebanyak ilmu yang dikongsi oleh mereka.
SELASA (8/8/2017)
Mengemaskini laman Weebly saya.
RABU (9/8/2017)
En Anwar meminta saya untuk design brochure Sustainable Tourism Research Cluster (STRC). Brochure yang perlu saya design bersaiz A4 (half fold). Saya design menggunakan Adobe Illustrator. Gambar gambar untuk dimasukkan kedalam brochure saya ambil dari folder Cloud yang diberi oleh En Anwar.
KHAMIS (10/8/2017)
Menyambung tugasan brochure. Saya menukar design pada brochure tersebut. Saya juga menukar saiz font dan jenis font kerana tulisan dalam brochure agak terlalu banyak. Saya menggunakan font Cobrel pt8. Design pada brochure pula saya menggunakan warna biru.
JUMAAT (11/8/2017)
Menolong Kak Su untuk menampal sticker untuk cendera hati USM.
ISNIN ( 14/8/2017)
Saya mengemas kini buku jurnal yang perlu ditulis setiap hari. Saya print semua kerja yang saya lakukan untuk ditampal didalam buku tersebut. Buku ini perlu dicatat segala aktiviti yang dilaksanakan semasa saya menjalani latihan industri.
SELASA (15/8/2017)
Membuat sportlight untuk Program One Step Ahead di SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan. Saya melakukan spotlight ini di Adobe Illustrator. Spotlight ini bersaiz A4 dan perlu mengisi beberapa info didalam spotlight tersebut. Template untuk spotlight inintelah diberi oleh Abang Hafiz.
RABU (16/8/2017)
Membuat web banner sempena Sambutan Hari Raya Aidil Adha 2017. Saiz untuk banner ialah 1080 x 500 px. Design menggunakan Adobe Illustrator.
KHAMIS (17/8/2017)
Membuat spotlight design untuk Hari Raya Aidil Adha. Spotlight ini bersaiz A4. Saya melakukan design didalam Adobe Illustrator. Design menggunakan Adobe Illustrator.
JUMAAT (18/8/2017)
Melakukan draf laporan akhir politeknik. Laporan ini perlu dilakukan dalam Microsoft Word. Laporan ini perlu memberi ringkasan tentang aktiviti latihan industri pada setiap minggu.
ISNIN (21/8/2017)
Menambah design untuk buletin aidil adha. Seterusnya membetulkan buletin yang En Hafiz minta. Menukar background buletin dan membetulkan design seperti yang diminta oleh En Hafiz.
SELASA (22/8/2017)
Dapat tugasan dari En Saiful iaitu design poster untuk email advert sempena Sambutan Hari Merdeka pada 31 Ogos dan juga sambutan Hari Raya Aidil Adha. Saiz untuk poster ini ialah saiz A4. Saya design untuk poster ini menggunakan adobe illustrator dan juga adobe photoshop.
RABU (23/4/2017)
Design pertama untuk poster merdeka, Design pertama ini saya menggunakan adobe illustrator.
KHAMIS (24/8/2017)
Design kedua untuk poster merdeka. Design kedua menggunakan adobe photoshop.
JUMAAT (25/8/2017)
Design pertama untuk poster Hari Raya Aidil Adha. Design ini menggunakan Adobe Illustrator.
ISNIN (28/8/2017)
Melakukan design kedua untuk poster sambutan Hari Raya Aidil Adha. Design ini dilakukan di Adobe Illustrator.
SELASA (29/8/2017)
En Saiful meminta pelajar praktikal untuk memasang bendera Malaysia dan juga bendera Pulau Pinang dihadapan bangunan CDH sempena sambutan Kemerdekaan yang ke 60 .
RABU (30/8/2017)
Melakukan draf laporan akhir untuk latihan industri.