19 Jun 2017 hari pertama melapor diri di Creative Design House (CDH). En Saiful dan En Azim telah memberi keterangan tentang kerja-kerja yang dilakukan di CDH. Saya juga dikenalkan dengan pekerja di CDH dan melihat sekitar dalam bangunan CDH yang dibantu oleh kak Su dan En Anwar. Saya juga diterangkan dengan pengelanan kepada USM iaitu visi dan misi yang tertampal di pintu hadapan CDH. Tugasan pertama saya ialah menghasilkan gambar raya dari Pusat Perumahan Dan Penginapan Universiti (P3U) yang diberi oleh En Zainuddin.
HARI 2
Hari kedua di CDH ialah menunjukkan resume dan portfolio saya kepada En Saiful. En Saiful memberi tahu agar mengetahui kelebihan yang ada supaya mampu menguasai dengan sebaiknya. Seterusnya saya diberi tugas oleh En Saiful iaitu mereka kotak packaging batik USM, menghasilkan kad digital raya, Merry Christmas dan Gong Xi Fa Chai serta mereka semula brochure CDH. Semua tugasan yang diberi telah ditetapkan tarikh untuk disiapkan.
HARI 3
Mendapat tugasan daripada En Anwar untuk melakar dan mereka bentuk konsep cover serta layout dalaman bagi buku upacara konvokesyen ke 55 USM. En Anwar juga menunjukkan beberapa contoh buku konvokesyen yang boleh dibuat panduan untuk saya. En Anwar juga menunjukkan cara menggunakan CDHWDCLOUD agar senang mendapat gambar gambar mengenai USM. CDH cloud ini membantu saya untuk mendapatkan gambar aktiviti yang diadakan di USM dan memudahkan saya untuk melakukan kerja kerja yang akan datang.
HARI 4
Menyambung tugasan En Saiful iaitu menyiapkan packaging batik USM. Kotak tersebut diukur mengikut ukuran asal yang diberi. Seterusnya saya design dalam Adobe Illustrator. Design yang diminta hanya satu design sahaja.
HARI 5
Membuat tugasan yang diberi En Saiful iaitu mereka beberapa design untuk kad digital Hari Raya Aidilfitri. Saiz yang perlu dilakukan ialah A4 saiz. Saya design kad ini mengunakan adobe Photoshop dan juga Illustrator.
MINGGU KEDUA CUTI HARI RAYA AIDILFITRI
HARI 6
Saya design semula brochure CDH yang telah diberi oleh En Saiful. Saya dimita untuk membuat 2 design brochure mengikut saiz A4. (2 fold) Gambar yang ada pada brochure saya cari di CDH cloud seperti mana yang telah diberitahu oleh En Saiful.
HARI 7
En Anwar mengajar cara-cara menggunakan camera DSLR dan cara mengambil gambar dengan betul. Banyak perkara baru yang saya belajar mengenai photography. Saya dan rakan praktikal lain diminta untuk mengambil gambar formal mengikut apa yang En Anwar ajar.
Pada sebelah petang pula, En Indera meminta untuk membungkus packaging batik . Packaging tersebut perlu dipotong mengikut saiz yang betul, dan di letak didalam kotak yang sebenar.
HARI 8
Mengikut En Anwar dan En Jet untuk mengambil gambar bersama client. Banyak perkara yang saya belajar apabila melihat situasi sebenar photoshoot dengan client antaranya cara berinteraksi dengan client untuk mendapatkan posing yang sesuai. Client mestilah dalam keadaan yang selesa ketika photoshoot dan tidak kekok bersama photographer.
HARI 9
Design brochure CDH yang kedua. Brochure kedua ini sama seperti yang pertama cuma layout dan warna yang berlainan. Selain itu saya memperbetulkan design yang pertama untuk lebih menarik dan tiada kekurangan pada design pertama.
HARI 10
CUTI WORLD HERITAGE PENANG
HARI 11
Mengajar rakan praktikal yang baru masuk tentang photography. Berkongsi ilmu bagaimana cara penggunaan kamera DSLR dan cara mengambil gambar dengan betul seperti mana yang telah En anwar ajarkan sebelum ini. Seterusnya kami diminta untuk mengambil gambar Adib dengan mengunakan teknik yang betul.
Selepas itu, saya menyiapkan tugasan saya iaitu design beberapa logo CDAE yang diminta En Aziem. CDAE ialah pusat pembangunan kecemerlangan akademik. Saya design 4 logo untuk CDAE. Pilihan logo yang saya design ialah wordmark dan combination mark iaitu text dan simbol.
HARI 12
Saya dan rakan praktikal lain diminta untuk design website USM. Antara tugasan yang diberi ialah web banner, web header, background content, dan 3 icon. Saya diminta untuk design 2 web banner dan menukar gambar background yang sesuai dengan mood gambar yang diberi.
HARI 13
Pada hari ini saya menyambung tugasan daripada En Saiful iaitu menyiapkan design untuk perayaan Merry Christmas pada bulan 12 akan datang. Ukuran saiz yang perlu dibuat ialah saiz A4. Design yang diperlukan ialah 5 design. Seterusnya saya perbetulkan web banner saya yang telah ditegur oleh En Anwar untuk menamah logo pada gambar banner.
HARI 14
Saya menyambung tugasan semalam untuk menyiapkan lagi 3 design untuk Merry Christmas kad. Kebanyakkan kad yang saya design berwarna merah kerana sesuai dengan perayaan Christmas. Saya design mengunakan adobe Illustrator.
HARI 15
Pada hari ini pula saya design untuk kad Chinese New Year. Kad ini juga perlu membuat 5 design sempena Tahun Baru Cina yang akan datang pada tahun 2018. Tahun 2018 ialah tahun anjing. Namun begitu saya mengelakkan daripada menggunakan icon anjing didalam design saya. Kad ini juga sama saiz seperti kad yang lain iaitu bersaiz A4. Saya design kesemua kad ini menggunakan Adobe Illustrator.
HARI 16
Pembentangan bersama En Saiful dan rakan praktikal lain. En Saiful meminta kami untuk membentangkan website weebly masing-masing. Saya menunjukkan apa yang terkandung didalam website tersebut seperti profile,portfolio dan laporan harian saya. Setiap tugasan saya mestilah update didalam weebly dan juga buku log. Abg Din dan Kak Su dipilih sebagai supervisor saya. Seterusnya En Saiful memberi tugasan baru iaitu mencari 10 packaging dan pilih 3 antara yang unik. Kami diminta untuk membuat SWOT analysis tentang packaging tersebut dan akan dibentangkan menggunakan slide pada 7hb Ogos nanti.
HARI 17
Saya membetulkan beberapa digital kad yang perlu di email kepada En Saiful sebelum 20hb. Selain itu juga saya menambah lagi 2 design untuk packaging batik. Saya menyiapkan kesemua kerja-kerja yang diminta dan disimpan dalam satu folder agar memudahkan untuk saya mencari kerja tersebut.
HARI 18
Dapat tugasan daripada En saiful iaitu membuat slide CDH profile staf dan satu lagi ialah slide servis yang dijalankan di CDH. Maximum untuk satu slide tersebut ialah 20 slide. Slide CDH staf perlu menunjukkan biodata staf dan juga biodata pelajar praktikal. Seterusnya dapat tugasan daripada Abg Jet iaitu membuat slide mengenai ketum. Maksimum slide tersebut ialah 20 slide.
HARI 19
Memulakan kerja dengan membuat slide Ketum dahulu. Sebelum saya melakukan apa-apa design untuk slide ini, saya dikehendaki membaca dahulu slide itu. Slide ini bertajuk 'Kratom Use In Malaysia'. Saya design muka hadapan slide dengan bercorak daun yang berwarna hijau untuk menggambarkan slide ini mengenai daun ketum di Malaysia.
HARI 20
Menyambung tugasan slide ketum.
HARI 21 (ISNIN 24/7/2017)
Menyiapkan tugasan slide ketum. Kesemua slide itu mempunyai 21 slide sahaja. Saya banyak menggunakan warna hijau didalam slide tersebut untuk menggambarkan daun ketum. Slide tersebut perlu diberi pada hari yang telah ditetapkan. Slide itu akan digunakan oleh Dr Darshan Singh yang akan dibentangkan di US.
HARI 22 (SELASA 25/7/2017)
Melakukan slide yang diberi En Saiful iaitu slide presentation produk dan servis yang dihasilkan di CDH. Tugasan ini diberi kepada saya dan juga Adib. Slide ini perlu mengandungi gambar gambar hasil kerja CDH dan juga servis yang dijalankan. Maksimum untuk slide ini ialah 20 slide. Tugasan ini telah di bahagikan tugas. Tugas saya ialah menyiapkan bahagian servis yang dijalankan manakala tugasan adib pulak untuk menyiapkan bahagian produk.
En Saiful mengajar cara bagaimana membuat security design. En Saiful menunjuk contoh design yang boleh digunakan pada tugasan yang diberi. Ini ialah pertama kali saya belajar tentang security design. En Saiful juga memberi buku panduan tentang Security Design yang boleh dibuat panduan pada masa akan datang.
Pada sebelah petang pula saya dan rakan yang lain diminta untuk menangkap gambar fail Pencalonan Anugerah Akademik NegaraKe-11. Sebelum photoshot tersebut En Saiful menunjukkan sudut yang betul dan setting yang tepat untuk mendapat gambar yang jelas. Selain itu juga kami dibantu oleh En Zaidi semasa photoshoot tersebut.
HARI 23 (RABU 26/7/2017)
Melakukan slide yang kedua iaitu slide presentation CDH profile staf. Slide ini di beri tugas kepada 4 orang pelajar praktikal. Kesemua biodata staf diambil di web cdh. Staf yang berkerja di CDH seramai 13 orang sahaja manakala pelajar praktikal seramai 4 orang. Slide ini juga perlu memarparkan profile pelajar praktikal. Saya menyiapkan profile untuk 5 orang staf termasuk diri saya. Slide ini akan dipaparkan di dalam CDH.
HARI 24 (KHAMIS 27/7/2017)
Menyambung melakukan slide CDH. Membetulkan apa yang terkurang pada slide. Slide ini menggunakan 3 warna sahaja iaitu hitam, putih dan juga biru. Selepas saya menyiapkan bahagian kerja saya, saya menyerahkn slide itu kepada rakan yang lain untuk menyambung bahagian mereka. Selain itu juga saya membantu staf yang lain untuk membungkus barang-barang yang dbeli untuk sumbangan kepada anak anak-anak asnaf.
HARI 25 (JUMAAT 28/7/2017)
Menunjukkan slide Kratom kepada Dr Darshan. Dr Darshan menegur kesilapan yang dilakukan. Slide yang diminta oleh Dr ialah sangat simple dan tidak perlu terlalu banyak infografik yang diletakkan. Dr memberi masa kepada saya dan Adib untuk membetulkan slide dan akan dilihat pada hari selasa minggu hadapan.
HARI 26 (ISNIN 31/7/2017)
Memperbetulkan semula slide yang di minta Dr Darshan. Saya membuat slide ini mengikut apa yang DR mahukan. Segala gambar daun ketum diambil dari folder yang telah diberi Dr Darshan. Pada sebelah petang pula saya menunjukkan slide ini kepada Abang Jet. Selepas itu saya membetulkan apa yang terkurang dalam slide tersebut.