Pembentangan weebly bersama En Saiful. En Saiful melihat segala kerja yang dilakukan sepanjang praktikal di CDH. Saya menunjukkan weebly saya dan buku log saya kepada En Saiful. Beliau menasihatkan kepada saya dan rakan rakan yang lain untuk mengemaskini buku log dan weebly pada setiap hari. Seterusnya kami mendapat tugas iaitu membuat poster sempena Hari Malaysia, Awal Muharram dan juga Hari Deepavali. Saya menyiapkan satu poster pada hari ini iaitu poster Happy Deepavali.
KHAMIS (7/9/2017)
Pada hari ini saya menyambung tugasan daripada En Saiful. Saya menyiapkan poster Hari Malaysia yang akan disambut diseluruh Malaysia pada 16 September. Poster ini bersaiz A4. Saya membuat poster ini didalam Adobe Photoshop. Saya telah menyiapkan 2 poster untuk Hari Malaysia.
JUMAAT (8/9/2017)
Saya menyiapkan poster sempena Awal Muharram. Poster ini bersaiz A4 dan berbentuk melintang. Saya design poster ini didalam adobe Illustrator. Pada sebelah petang pula En Saiful mengadakan meeting bersama staf yang terlibat untuk buku konvokesyen. Meeting ini telah membahagikan tugas kepada pelajar praktikal untuk membantu dalam menyiapkan buku konvokesyen tersebut.
ISNIN (11/9/2017)
Membuat tugasan daripada En Anwar untuk memasukkan data ke dalam Excel. Data ini diambil daripada buku konvokesyen yang lepas. Pada sebelah petang pula En Saiful mengadakan meeting untuk meminta pendapat tentang jualan yang sesuai untuk dijual pada hari konvo akan datang. Pelbagai cadangan yang diberi oleh staf. Pilihan jualan yang mendapat undian tertinggi ialah jualan scaft, instant selfie printing dan air freshner (potpouri).
SELASA (12/9/2017)
Cuti Sakit.
RABU 13/9/2017
Membuat laporan latihan praktikal. Laporan ini telah saya siapkan pada bab satu iaitu bahagian penghargaan dan juga merangka isi kandungan yang perlu ada pada laporan. Seterusnya saya menyiapkan di bahgian aktiviti ringkasan mingguan yang perlu disiapkan pada setiap minggu sepanjang saya praktikal di CDH. Laporan ini perlu lengkap dan mengikut format yang telah di tetapkan oleh pihak politeknik.
KHAMIS 14/9/2017
Membantu untuk membungkuskan batik didalam plastik sebagai cendera hati usm. Batik ini perlu dilipat mengikut saiz plastik yang diberi dan seterusnya akan di masukkan ke dalam kotak. Kesemua batik ini dibuat di kelantan sebagai cendera hati dari usm.
JUMAAT 15/9/2017
Menyiapkan laporan praktikal iaitu pada bahagian bab tiga mengenai laporan teknikal. Saya membuat laporan teknikal cara-cara bagaimana untuk mereka bentuk brosur. Dalam laporan in juga saya memberi tahu beberapa jenis brosur yang ada seperti tri fold, gate fold, double gate fold, half fold, dan pelbagai lagi.
ISNIN 18/9/2017
Membalut kain batik ke dalam plastik. Kesemua batik ini dilipat mengikut saiz plastik dan seterusnya akan di masuk ke dalam kotak. Jumlah batik yang perlu dibalut ialah sebanyak 35 helai kain.
SELASA (19/9/2017)
Menyiapkan laporan praktikal. Dalam laporan ini saya menerangkan bagaimana cara mereka bentuk baucar dan apakah kegunaan baucar. Contoh baucar yang saya buat ini ialah baucar CDH yang memberi potongan harga kepada pengguna yang mencetak di CDH melebihi bayaran sebanyak RM20.
RABU (20/9/2017)
Mengikuti En Anwar, Jet dan Udin untuk mengukur ruang yang akan menampal tentang hebahan konvokesyen. Terdapat tujuh tempat yang diukur untuk menampalkan hebahan tersebut antaranya ialah dipintu masuk USM, di hadapan masjid USM, di luar DTSP dan di tepi jalan yang mempunyai ruang kosong untuk menampal.
KHAMIS (21/9/2017)
JUMAAT (22/9/2017)
ISNIN (25/9/2017)
Mendapat tugasan daripada En Anwar untuk membuat slide. File ini diberi didalam photoshop dan perlu di edit terlebih dahulu. Size asal yang diberi ialah berbentuk menegak. Saya diminta untuk menukar layout tersebut dan jadikan size 1024 x 768. Kesemua slide ini mengandungi 6 slides sahaja.
SELASA (26/9/2017)
Membetulkan slide yang ditegur oleh En Anwar. Memeriksa semula kesemua slide agar tiada kesalahan yang berulang.
RABU (27/9/2017)
Membuat laporan tentang latar belakang organisasi. Laporan ini perlu menceritakan latar belakang organisasi seperti pengenalan, logo, visi, misi, teras, objektif, carta organisasi dan waktu bekerja. Kesemua maklumat ini saya ambil daripada website CDH dan juga bertanyakan kepada Kak Su sedikit sebanyak telah memudahkan kerja saya.
KHAMIS (28/9/2017)
Menyiapkan laporan praktikal. Dalam laporan ini saya menerangkan kegunaan banner. Saya juga menyatakan beberapa contoh saiz banner yang selalu digunakan. Seterusnya saya menunukkan langkah-langkah untuk mereka bentuk banner.
JUMAAT (29/9/2017)
Mengemaskini laman weebly dan juga mengemaskini buku laporan praktikal harian.